My playlist

Monday, July 16, 2012

Lisan P6 (Gambar 12 )

Bahagian B
Gambar ini menunjukkan situasi di gelanggang bola kerangjang . Ada ramai murid-murid sekolah berkumpul di situ . Kemungkinan , ia selepas waktu sekolah . Situasi di sana agak huru-hara .

Di bahagian bawah tengah gambar ini , ada seorang murid lelaki sedang menolong murid lelaki yang terjatuh di gelanggang bola kerangjang itu .Murid lelaki yang terjatuh itu mengucapkan terima kasih kepadanya . Perbuatan murid lelaki yang monolongnya adalah betul kerana dia menolong orang yang perlu bantuan dengan segera tanpa diberitahu .

Tidak jauh daripada mereka , ada sebuah kumpulan sedang bermain bola kerangjang .Dari raut muka mereka , mereka kelihatan seronok dan berasa letih kerana penat bermain bola kerangjang . Di sebelahan mereka pula ada seorang murid perempuan sedang tepuk tangannya sambil melihat mereka bermain .

Tidak jauh dari situ , ada seorang murid perempuan dan murid lelaki sedang memakan keropok sambil duduk di sebuah bangku .  Kemungkinan , mereka adalah adik-beradik .Setelah murid lelaki itu membuka kertas bungkus keropok itu , dia membuang kertas bungkusan itu ke lantai . Perbuatannya salah kerana dia mengotorkan gelanggang bola kerangjang . Dia sepatutnya mengikut perbuatan kakaknya iaitu membuang kertas bungkusan di tong sampah yang berdekatan dengan bangku itu .

Di belakang mereka pula , ada seorang murid lelaki sedang menjerit ke arah dua budak lelaki yang sedang berlari di tempat guru-guru menaruk kereta . Kemungkinan , murid lelaki itu adalah   pengawai  sekolah .Perbuatan dua budak lelaki  itu salah kerena jika ada sebuah kereta hendak kebelakang , mereka akan di langga dan mengakibatkan mereka cedera parah .

Tidak jauh daripada mereka , ada seorang murid lelaki sedang menjerit kerana sebuah kumpulan yang sedang bermain bola kerangjang itu telahpun menjaringkan bola ke dalam jaringan itu . Perbuatannya salah kerana dia mengganggu seorang murid yang sedang membaca buku di sebuah bangku . Sepatutnya murid yang sedang membaca  itu sepatutnya membaca buku di sebuah tempat yang tidak bising .

Perbualan
Ceritakan pengalaman kamu semasa melihat satu kemalangan di sekolah .
Saya pernah terlihat satu kemalangan yang terjadi di dalam sekolah . Sebuah kumpulan murid lelaki sedang bergaduhdengan lima murid lelaki lain .Mereka bergaduh pada waktu rehat . Pada mulanya , saya sangka bahawa mereka bergurau sahaja . Tetapi , semakin lama , suara mereka makin kuat . Semua murid-murid menoleh dan lihat ke arah mereka . Salah satu dari mereka menombok satu murid lelaki yang terlibat . Keadaan menjadi huru-hara . Pengawai sekolah cuba memberhentikan pergaduhan itu tetapi mereka degil dan sambung bergaduh . Pengawai sekolah itu lari ke arah guru yang sedang mengajar sebuah kelas yang berdekatan itu . Guru itu dengan pantas , keluar dari kelas itu dan menuju ke arah mereka yang sedang bergaduh itu . Guru itu memekik kepada mereka untuk berhenti .Selepas itu , guru itu menyuruh pengawai sekolah itu untuk memanggil guru besar . Selepas memanggil guru besar , mereka berhenti bergaduh . Mereka dimarahi dengan teruk . Murid-murid di kantin itu disuruh untuk bereda dari situ . Pengawai sekolah itu memberitahu saya untuk jadi sangsi . Mereka diberi amaran dan selepas itu mereka pulang ke kelas . Itu sahaja yang dapat saya ceritakan .

Wednesday, July 11, 2012

Karangan

1) Apakah yang perlu saya lakukan supaya karangan saya akan lebih baik ?
Saya akan berlatih menulis karangan setiap minggu untuk membaiki kosa-kata dan penjalan cerita saya .
2)Apakah yang perlu ada dalam penutup karangan ?
Penyelesain dan pengajaran .
3)Berikan satu penutup cerita tentang peristiwa yang menggembirakan
Akhir bulan aku akan menduduki peperiksaan PSLE . Aku sudah berjanji akan lulus dalam peperiksaan ini dengan cemerlang . Jika aku lulus , ibu akan membelikan aku sebuah komputer riba , Iphone , dan akan memeberiku kebebasan . Akhira bulan pun tiba , masa berlalu agak cepat . Aku pun sudah buat ulangkaji pada setiap subjek . Selepas aku selesai semua kertas peperiksaan , aku berasa agak lega . Pada 28 November 2011 , kertas peperiksaan sudahpun dipulangkan kepada setiap murid-murid yang duduki peperiksaan itu . Apabila guruku memanggil namaku , hatiku berdegup dengan kencang . Apabila guruku memberikan aku kertas peperiksaanku dengan senyuman , aku pasti bahawa aku lulus . Apabila aku lihat kertas itu , aku tersenyum dengan lebar . Aku telah lulus dengan cemerlang .Apabila aku pulang ke rumah , aku memekik dan memberitahu ibuku bahawa aku telah lulus dengan cemerlang . Ibuku tersenyum sahaja . Abangku yang terdengar pekikanku , keluar dari bilik tidurnya lalu mengampiri ku . Dia mengambil kertas  itu dan melihatnya . Dari rupanya , aku sudah tahu bahawa dia berasa cemburu . Tetapi aku tidak menghiraukannya . Pada keesokan hari , ibuku membawaku ke pusat membeli-belah untuk membeli barang yang telah dijanji . Aku berasa sangat gemnbira apabila menerima barang itu . Selepas itu , aku memeluk ibuku dengan erat . Pelajaran yang aku telah pelajari adalah ; bekerja keras untuk mencapai impian yang kita inginkan . Jangan putus asa walaupun kita telah gagal .

Thursday, June 28, 2012

Impian saya pada akhir tahun

Apakah yang ingin kamu kecapi pada akhir tahun ?
Saya ingin lulus peperiksaan PSLE dan mendapat markah yang bagus . Saya ingin membuat ibu saya berasa bangga dan gembira . Saya ingin memasuki sekolah menegah yang saya impiankan . Saya ingin memulakan hidup baharu yang lebih cerah dan menjadi seorang manusia yang berilmu . Saya ingin membuat keluarga saya bangga terhadap saya . Saya ingin membuat guru-guru saya bangga . Saya ingin membuktikan bahawa saya boleh melakukan ia dengan cemerlang .
Apakah cara-caranya supaya kamu dapat perolehi keinginan kamu ?
Cara-caranya ialah : Belajar dengan sungguh-sungguh , beri perhatian apabila guru saya sedang mengajar , mendengar nasihat guru dan ibu , menanya kepada guru atau rakan soalan yang saya kurang pasti , mencari maklumat tentang topik yang saya kurang tahu .

Tuesday, May 1, 2012

Pengalaman Kamu Semasa Melihat Suatu Peristiwa Yang Menggerunkan

Peristiwa ini berlaku apabila saya darjah enam . Kawan saya , iaitu , Hazim , telah terlibat dalam sebuah kemalangan di luah sekolah . Kejadian ini terjadi kira-kira 3.25 petang pada hari Selasa yang lalu . Dia hendak menuju ke arah saya untuk menanya soalan . Apabila dia hendak menuju ke arah saya , dia tidak mengunakan lampu trafik ataupun lintasan zebra . Saya cuba menegurnya untuk mengunakan lampu trafik yang tidak jauh darinya , tetapi  gagal kerana dia tidak mendengar kata-kata saya . Apabila dia sudah pun lintas di jalan raya yang kurang sibuk , ada sebuah kereta yang sedang menghampiri dirinya . Saya memekik kepadanya untuk berhenti , tetapi ia terlalu lambat . Kereta itu tidak dapat hentikan keretanya lalu melanggar dia .Hazim terbaring di tengah jalan raya itu . Selepas itu , kereta yang dilanggarnya berhenti di depan lalu keluar dari keretanya . Pemandu wanita itu tidak tahu apa dia harus buat . Tiba-tiba ada seorang pemandu kereta berhenti lalu keluar dari keretanya dan memarahi pemandu wanita itu . Mukanya merah seperti biji sago . Pemandu lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon ambulans . Beberapa minit kemudian , ambulans tiba di situ . Paramadik yang berada di situ , dengan cepat mengeluarkan alat-alat  untuk merawat Hazim . Hazim terpekik kerana kasakitan . Paramadik itu kemudian membalut tangan dan kepala Hazim yang berdarah itu . Selepas habis membalut lukanya , mereka membawanya ke hospital . Pengetua  sekolah saya  keluar dari  pejabatnya dan menuju ke arah saya . Dia menanya pelbagai soalan . Selepas itu , pengetua  sekolah saya memberitahu saya bahawa   Hazim akan pulih semula kerana lukanya tidak teruk . Selepas itu , saya dan kawan saya pulang ke rumah saya . Kami bincang tentang perkara itu . Sekita 4.30 petang , pihak sekolah menelefon saya untuk memberitahu bahawa Hazim tidak apa-apa . Kawan saya dan saya berasa lega tetapi masih tidak boleh melupakan tentang kemalangan itu . Pelajaran yang saya telah pelajari adalah untuk mengunakan lampu trafik atau lintasan zebra untuk menyeberang jalan raya .

Thursday, April 26, 2012

Rakan yang tidak bertanggungjawab .

Saya ada seorang rakan yang tidak bertanggungjawab . Namanya ialah , Alfira . Pada ketika dahulu  , apabila saya dan Alfira dalam kelas yang sama , dia sering tidak membuat kerja rumahnya yang diberi guru  . Guru kami sering menelefon ibu bapa Alfira . Dia akan pura-pura membuat kerja rumahnya di hadapan ibubapanya .Kadang kala dia akan bersikap kurang baik di anatara rakan-rakan saya yang lain . Saya dan rakan-rakan saya tidak berpuas hati terhadap Alfira . Kadang kala kami  tidak akan melayannya .

Thursday, March 29, 2012

Mummy !! Help me !! I forgotten my password !! CRAB !! GRR !! Wish I didn't change my password !! Now , not gonna use Mconline anymore !! Password (error) , Email (error) ...-.-" So irritating !! Haish !! Hard Copy is the only way !! GRR !! Hate Mconline !! MOE , please set up a new website which is more better then Mconline !! (CheyFake)

-NIL-

Ouh No ! I forget my password ! How I'm gonna use my Mconline account ?! Damn !! Must take hard copy sia !! GRRR !! So frustrating !!  Cikgu , sorry if I didn't do my work ... I can't go in my Mconline account !! Now , WHAT SHOULD I DO ?! I have not done all my assignment  !! Gosh !! Think gonna cry soon or later !! Mummy(Mdm Suzannah) help me !! I forgotten my password !! Later confirm KENA scolding !! Arhh !! Who ask to change password sia ?!! Nevermind Larh !! Hard copy , Hard copy larh !! GRR !!! Hate you Mconline !! Wish you were like facebook !!