My playlist

Tuesday, May 1, 2012

Pengalaman Kamu Semasa Melihat Suatu Peristiwa Yang Menggerunkan

Peristiwa ini berlaku apabila saya darjah enam . Kawan saya , iaitu , Hazim , telah terlibat dalam sebuah kemalangan di luah sekolah . Kejadian ini terjadi kira-kira 3.25 petang pada hari Selasa yang lalu . Dia hendak menuju ke arah saya untuk menanya soalan . Apabila dia hendak menuju ke arah saya , dia tidak mengunakan lampu trafik ataupun lintasan zebra . Saya cuba menegurnya untuk mengunakan lampu trafik yang tidak jauh darinya , tetapi  gagal kerana dia tidak mendengar kata-kata saya . Apabila dia sudah pun lintas di jalan raya yang kurang sibuk , ada sebuah kereta yang sedang menghampiri dirinya . Saya memekik kepadanya untuk berhenti , tetapi ia terlalu lambat . Kereta itu tidak dapat hentikan keretanya lalu melanggar dia .Hazim terbaring di tengah jalan raya itu . Selepas itu , kereta yang dilanggarnya berhenti di depan lalu keluar dari keretanya . Pemandu wanita itu tidak tahu apa dia harus buat . Tiba-tiba ada seorang pemandu kereta berhenti lalu keluar dari keretanya dan memarahi pemandu wanita itu . Mukanya merah seperti biji sago . Pemandu lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon ambulans . Beberapa minit kemudian , ambulans tiba di situ . Paramadik yang berada di situ , dengan cepat mengeluarkan alat-alat  untuk merawat Hazim . Hazim terpekik kerana kasakitan . Paramadik itu kemudian membalut tangan dan kepala Hazim yang berdarah itu . Selepas habis membalut lukanya , mereka membawanya ke hospital . Pengetua  sekolah saya  keluar dari  pejabatnya dan menuju ke arah saya . Dia menanya pelbagai soalan . Selepas itu , pengetua  sekolah saya memberitahu saya bahawa   Hazim akan pulih semula kerana lukanya tidak teruk . Selepas itu , saya dan kawan saya pulang ke rumah saya . Kami bincang tentang perkara itu . Sekita 4.30 petang , pihak sekolah menelefon saya untuk memberitahu bahawa Hazim tidak apa-apa . Kawan saya dan saya berasa lega tetapi masih tidak boleh melupakan tentang kemalangan itu . Pelajaran yang saya telah pelajari adalah untuk mengunakan lampu trafik atau lintasan zebra untuk menyeberang jalan raya .

No comments:

Post a Comment