Beradab dengan kawan .
Melukakan hati kawan adalah satu sikap yang kurang sopan dan tidak baik . Ia menunjukkan adab mereka kurang . Mereka harus bersikap baik , jujur , menjaga hati kawan dan tidak sepatutnya bercakap dengan kasar atau bercakap perkataan lucah dan perkataan yang kurang enak didengar . Mereka adalah orang yang akan menemani kami apabila kami dalam dilema atau kesusahan .
Beradab dengan ibu bapa
Kami tidak sepatutnya meninggikan suara apabila sedang bercakap dengan ibu bapa . Kami harus mendengar nasihat mereka . Kami tidak sepatutnya membuat mereka rasa hampa atau kecewa . Bersikap kurang sopan adalah salah kerana mereka yang menjaga kami ketika kami kecik .
Beradab dengan guru .
Kami harus mendengar nasihat guru dan tidak sepatutnya menjawab balik ketika guru memarahi kami . Guru adalah seorang yang akan membantu kami apabila kami ada masalah dengan kerja rumah . Mereka juga adalah seorang yang akan mengajar kami dan seorang yang berpelajaran tinggi . Kami harus menghormati guru , ibu bapa dan kawan . Jika mereka tiada , kami akan melalui kesusahan dengan kerja rumah ataupun kesusahan peribadi .
No comments:
Post a Comment